Payung Emas
Sape tengok drama ni malam tadi kat Slot Cerekarama TV3?
Menyentuh perasaan betul drama ni..
Pendapat aku kan, tak salah kalau suami tu nak kahwin lain kalau si isteri tu tak mampu nak memberi zuriat pada suaminya. Tambahan pulak, bakal madu tu nanti pun baik, sopan santun, takde perasaan hasad dengki... kan..
Cuma yang sedihnya bila mak mertua mintak benarkan suami kawin lain.. ok, tu takpe lagi kot.. tup tup bila ko nak bagitau suami, suami pun nak mintak benda yang sama.. Hah! memang menangislah ko kat situ.... Mintaklah dijauhkan benda-benda macam ni..sedih wooo..
Siapa yang tak dapat tengok malam tadi, scroll bawah ni, aku copy dari Blog PerekaCerita
******
PAYUNG EMAS (TV3)
PELAKON: Farahdhiya, Remy Ishak, Juliana Evans, Rosnah Johari.
TARIKH: 19 November:
MASA: 10 Malam
DOWNLOAD PAYUNG EMAS (TV3)
HOTFILE = DOWNLOAD
Kredit: kepalabergetar
SINOPSIS PAYUNG EMAS
Payung Emas mengisahkan Nur Ain bahagia berkahwin dengan Muhammad Hidayat, kekasih yang dicintainya. Dia berazam untuk menjadi isteri yang solehah. Hari-hari yang mendatang Ain lalui dengan penuh kesyukuran. Hidayat ternyata suami yang baik dan penyabar. Walaupun ada kalanya Ain mudah merajuk apabila Hidayat sibuk di tempat kerja tetapi Hidayat penuh mesra memujuk Ain. Ain dan Hidayat semakin bahagia apabila Ain disahkan hamil. Ibu Hidayat, Zakiah tidak sabar-sabar ingin menimang cucu pertama dari anak tunggalnya itu.
Namun segalanya bagai diragut apabila suatu hari setelah tujuh bulan menjaga kandungannya dengan baik, Ain mengalami kesakitan yang teramat di abdomennya. Pembedahan terpaksa dilakukan demi menyelamatkan kandungannya namun takdir penentu segalanya. Benih kasih Ain dan Hidayat telah meninggal dalam kandungan. Doktor juga menjelaskan bahawa Ain mungkin tidak boleh mengandung lagi kerana ovarinya telah rosak.
Meskipun terluka, Ain sendiri meminang Khatijah buat Hidayat. Namun kebahagiaan yang diharap tidak berpanjangan setelah Hidayat kemalangan dan Khatijah pula mengalami tumpah darah. Keadaan semakin tegang apabila Sarah, sepupunya menghasut Ain untuk meninggalkan Hidayat.
Dapatkah Ain melalui perkahwinan yang bahagia dan diredhai seperti diimpikan?
SUMBER ARTICLE DAN ARTICLE PENUH: http://www.perekacerita.com/2011/11/payung-emas-tv3.html#ixzz1eDPXUYDj
♥ mama Muhammad Dani Emir ♥
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hello!
Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...
-
dah sampai Kuantan... dalam kul 3.00 petang camtu la... sepatutnya dari Putrajaya ke Kuantan blh sampai 4 atau 5 jam lpas tu... tapi disebab...
-
Dikenali sebagai edema Berlaku pada kaki biasanya pada trimester ketiga kehamilan Semakin nyata pada waktu awal tengah malam setelah sehari ...
-
Salam alaik, Saudara Abdul Aziz dari Kelantan bertanya bagaimana cara nak kurangkan populasi Ulat Gonggok di rumahnya. Saya rasa mungkin ada...
No comments:
Post a Comment