Program Penjagaan & Penampilan Diri @ KWSP, Kuala Lumpur

18.8.2017

Hai uolls, lama sangat2 tak bersiaran... =p


Progra ni anjuran Puspanita MOF. Setiap agensi kena bagi nama 5 orang. So, untuk wakil INSPEN, aku Kak Siti, Kak Rehan dan Fazz. Kul 7.30 pagi lagi dah gerak ke KL.

Malang tak berbau hari tu, kete kitorang kena langgar daripada belakang kat area Sg. Besi sebelum tol SMART. Seb baik orang tu mengaku dia yang careless. Hentaman agak kuat sampai effect sakit kepala sampai ke petang. Tapi bila tengok kereta, mcm tak kena langgar je...



Kereta BMW yang langgor, patut ler pun tak teruk ketenya

dan kete jabatan kereta Nissan, mmg la tak teruk sangat cuma patah je kat bumper tu...

ada cermin besar, seronok la berswafoto kan...

Nicee!

Muka orang kena langgar. semua menjerit masa tu... pening lalat.


Hari Jumaat rehat lama kan, apa lagiiii, Ke Sogo lah kita... =p



cantik jejambat tu...

menternak lemak kat Teh Tarik Place kat dalam Sogo tu. 

konsultan ni tak bagi amik gambo atau rakam .. haha, nanti amaun lainnn =p
Kesimpulannya, memang seronok lah program ni, betul2 dia bagitau pasal imej kita, penjagaan diri... siap bagi tip-tip berguna untuk kita orang perempuan ni. Kalau korang rajin, korang g search kat FB dan Instagram, CuteCarry.


Antara tips yang dia bagi :

1) kalau jenis ketiak basah, jangan guna deodorant yang roll on, guna lah spray. 

2) kalau mulut berbau, amik tisu, lap kat area pangkal lidah, situ lah punca mulut berbau.

3) kalau tengah berjalan2 pastu ketiak basah, jangan terus spray deodorant, amik tisu lap dulu, baru spray.

4) Tips beli handbag : beli handbag ikut kebesaran abdomen.

5) Perempuan pilih kaler stokin kaler kulit, lelaki pilih stokin kaler kasut.

6) Elakkan makan berlebihan yang menyebabkan Miss V berbau : Ikan masin, Tomato, Keju

Tu je yang sempat aku share...



♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur Izzara Dania ♥ Nur Iman Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...