Ramai
wanita yang sudah melahirkan anak bimbang apabila mengalami masalah
bahagian sulit ‘longgar’ dan kemutan yang tidak sehebat seperti malam
pertama.
Masalah
alat sulit longgar bukanlah sesuatu yang baru dalam kalangan kaum
wanita. Ia sebenarnya perubahan hormon selepas melahirkan cahaya mata.
Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan keinginan seksual dan
menimbulkan masalah dalam rumah tangga.
Semasa mengandung, saiz pelvik wanita membesar untuk menyokong proses kelahiran bayi. Pembesaran
tersebut membuatkan perubahan pada lantai pelvik seterusnya vagina
wanita. Proses pelahiran yang berlaku turut menambahkan lagi perubahan
tersebut. Semasa
melahirkan anak, dinding vagina dan otot yang menyokongnya akan
diregangkan. Dalam sesetengah kes, di mana bayi bersaiz agak besar atau
ia merupakan kelahiran pertama, dinding vagina dan pembukaan vagina akan
terluka atau terkoyak.
Kelahiran
bayi yang berulang kali akan mengembangkan salur vagina dan
menjadikannya ruang sebenar. Pembukaan vagina boleh dipotong menggunakan
scalpel atau pisau pembedahan semasa kelahiran bayi untuk mengelakkan
kecederaan serius pada vagina. Doktor
akan melakukan episiotomi. Selepas episiotomi, luka akan dipulihkan
melalui jahitan. Dengan penjagaan kebersihan diri dan ubat-ubatan,
vagina akan kembali seperti sedia kala dalam beberapa hari.
Rawatan
Ada
pelbagai cara rawatan sama ada secara tradisional yang dilakukan
sendiri di rumah atau pun melakukannya di salon dan spa. Antara rawatan
yang disarankan adalah berurut, bertungku, bertangas, sauna, skrub dan
senaman.
Skrub
atau sentalan menggunakan bahan-bahan tertentu membantu membersihkan
bahagian kelengkang yang berubah warna semasa hamil. Sementara rawatan
sauna/tangas memberi kesan mengetatkan semula bahagian intim dan
menghilangkan masalah bau atau keputihan.
Rawatan
bertungku pula boleh menggunakan sama ada tungku batu, tungku herba
atau tungku besi. Tungku herba yang terdiri daripada herba-herba seprti
serai wangi, sirih, halia dan temu lawak dikatakan dapat memberikan
khasiat lebih baik kepada bahagian sulit seperti mengetatkan dan
menghilangkan keputihan.
Rawatan
tradisional juga boleh dilakukan sendiri di rumah seperti mencuci
bahagian sulit menggunakan air rebusan sirih selang sehari. Sirih
dipercaya boleh mematikan bakteria yang menimbulkan kegatalan dan
keputihan di bahagian intim wanita.
Selain
rawatan tersebut, wanita perlu rajin mengamalkan senaman kegel. Semasa
pantang, senaman kegel boleh membantu proses penyembuhan daripada luka
episiotomi dengan lebih cepat, mengurangkan air kencing yang tidak
terkawal dan menguatkan kembali otot-otot pelvik anda.
Bagaimana Untuk Membuat Senaman Kegel?
1. Kemutkan otot pelvik seperti anda mahu menahan air kencing.
2. Tahan selama 2-3 saat.
3. Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat.
4. Buat 25 kali tiga kali sehari tidak kira di mana anda berada.
5. Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini.
Pemakanan Sihat
Makanan
turut memainkan peranan penting dalam soal penjagaan bahagian intim.
Makanan seimbang dan berkhasiat memberi kesan kepada bahagian tersebut. Seeloknya
wanita perlu menjaga pemakanan mereka dalam tempoh 100 hari selepas
bersalin. Jika mengikut petua tradisional, makanan dalam kategori sejuk
seperti timun, kobis, ais tidak boleh dimakan kerana ia memberi kesan
tidak elok kepada otot bahagian pelvik seperti mudah kejang.
Amalan
pemakanan ulam lengkuas atau dicampurkan dalam setiap hidangan makanan
dipercaya boleh merapatkan semula peranakan (rahim) mereka selepas
bersalin.
Khasiat
biji manjakani telah diketahui umum baik untuk kesihatan wanita. Tannin
yang terkandung dalam manjakani dikatakan mampu menegangkan semula
otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar
dan kendur.Amalkan makan sebiji manjakani sekali dalam seminggu.
Selain
menjaga pemakanan. Wanita perlu bijak mengawal emosi diri berhadapan
dengan perubahan sebaik bergelar ibu. Apa pun anda tidak boleh
sekali-kali mengenepikan tanggungjawab sebagai isteri terhadap suami
tercinta. Melakukan
hubungan intim dengan suami selepas melahirkan anak mungkin sesuatu
yang cuba dielakkan oleh sesetengah wanita terutama yang mengalami
pengalaman pahit semasa bersalin.
Tetapi
sebagai wanita muslim, kewajipan terhadap suami perlu dilunaskan
asalkan diri sudah bebas daripada darah nifas dan badan telah sihat dan
kuat. Namun
jika kedua pihak bersetuju untuk mengikut petua tradisional, digalakkan
untuk melakukan hubungan intim selepas tempoh berpantang 40 hari bagi
membolehkan otot-otot dan badan benar-benar bersedia dan bertenaga.
Tip
• Sebelum tidur bersihkan bahagian intim daripada segala kotoran dan bau-bauan.
• Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas semasa tidur.
• Pakaian
tidur yang seksi daripada fabrik satin atau renda hanya sesuai sewaktu
membuat hubungan bersama suami sahaja tetapi tidak sesuai untuk waktu
tidur yang panjang kerana ia tidak menyerap peluh. Ia boleh menimbulkan
kesensitifan pada bahagian sulit.
• Jika
ada masalah bau atau keputihan, berjumpalah dengan doktor untuk
mendapatkan ubat antibiotik bagi mematikan bakteria di bahagian sulit.
• Digalakkan wanita mengambil suplemen seperti evening primrose oil dan multivitamin sebagai menjana tenaga dan kesihatan.
Alfalfa Shaklee
Alfalfa Shaklee
telah terbukti berkesan untuk merapatkan kembali miss V, merawat
keputihan di kalangan wanita & menegangkan payudara. Jom kita tengok
testimonial di bawah:
Sumber:Pa&Ma
Your Amazing Shaklee Distributor,
Nurliyana
Hp | 0182244135
anacomey_84@yahoo.com
♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥