Raya pertama

Pagi Syawal semangat aku n anak2 bangun pagi sebab nak makan ketupat rendang... Riuh rendah mulut aku suh dani n zara mandi n siapkan dorang.. dah pakai cantik2 pagi raya, boleh tetiba xde mood nak amik gambo dorang. Kenapa ntah.

Aku pun tengahri baru pakai baju kurung. tu pon sebab ada orang kampung berarak. Tradisi orang kat sini. orang banjar panggil bara'an. yang lelaki je lah ikut. Lepas sembahyang raya, abah n en.ady terus pegi bara'an tu. Xde salam-salam n sesi bergambar macam aku kat Perak.. Huhu.. sentap jap aku ngan en.ady. padahal dah pesan, lepas balik masjid, salam-salam n bergambar.

Dani ikut papa dia bara'an. Yang tinggal aku, mak n Zara. tengok tv dari pukul 9 pagi sampai kul 1 tengahari. bayangkan. haha.. yang adik2 aku dah wasap gambo dorang gedik2 bergambor  n beraya. ciskek betul.

Lepas Zohor, sampai turn umah kitorang plak.. Segan lak nak amik gambo. hehe.. Petang, Dani tido, so zara plak ikut papa dia pegi bara'an.. Banyak gak dapat duit raya hasil bara'an ni. hehe..



Petang hujan di bumi jengka...

Masa hujan tu ada cousin en.ady datang beraya..

Zara je sempat aku snap dia pakai baju kurung. Dani ntah mana..

ok sekian cerita raya pertama.





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Cerita balik raya dan malam raya

Selamat Hari Raya uolls.. haha.. lambat update citer raya.. Takpe, still raya lagi kan..:)

Tahun ni best sebab beraya berempat dan berayalah kami suami isteri. Tahun lepas tak dapat nak raya sama sebab en.ady keje. Tahun ni dia dapat cuti 4 hari. tambah lagi 2 hari. So 6 hari lah.. nak ikutkan adil.. kami decide nak balik kampung kat Pahang 3 hari, kat kampung Perak 3 hari.

Bertolak balik raya dari Putrajaya jam 4 pagi. Jalan memang clear lah. mata segar bugar sebab mandi. Tapi bila dah sampai Temerloh, mulalah mata layu.. nyaris nak accident. So, benti jap kat RnR Temerloh.. Kitorang bersahur kat Tol Gombak..

Sampai Jengka kul 8 pagi kot..

Rehat jap then sembang ngan mak abah lepas tu terus buat kerja dapur. Menu 1 Syawal ialah rendang rusa ko.. hebat kan fil aku.. haha.. rendang rusa, kuah lodeh n nasi himpit. Cukuplah kami sekeluarga. Yang ada mak abah family aku, ngan adik ipar bujang. sunyi sket tpi sebab ada Dani n Zara, riuh jugak jadinya..:)

Malam raya, memang perang bunga api kat Felda jengka 17 ni.. Dah macam pertandingan bunga api dah.. Kitorang lepak luar n tengok je lah.. ptg tu ada pegi bazar ramadhan Bandar Pusat Jengka jumpa bunga api n mercun pop. Belilah sket utk budak ni main. Bagi dorang meriah sket raya dorang..:)




Juadah hari last berbuka.. sedappp..:)






 ♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Macam org tua!

Seronok tgk anak2 membesar..

Yg paling teruja bila si abang dh pandai cakap. Mengalahkan org tua. Kahkahkah..

Situasi 1,

Papa dia baru balik mancing.. bukak pintu je Dani cakap..

"Papa, baru balik pancing?"

Kahkahkah.. satu rumah gelak beso.

Situasi 2,

Nenek dh habis makan. Pastu nenek cakap.. yeay nenek menang, dani kalah...  dani pulak cakap.. "kenyang tak?"

Kahkahkah.. gelak besar lagi kitorang..

Situasi 3,

Aku sembang2 ngan dani sebelum tido. Bercerita. Bla bla bla..

"Dani tau tak?"

Dani cakap, "tak tau.."

Kahkahkah.. mama belum habis cerita lagi abang oi..:)

Otw balik kampung Aki & Nenek




Bertolak pukul 4 pagi hari Sabtu 10 Ogos 2013,  sampai Perak dalam kul 8.00 pagi.. kematu vontot ku duduk dalam kete beriba kan Zara.. tu baru 5 jam.. belum lagi orang yang balik Kelantan, Johor, Perlis tu kan... mau asyik berhnti2 kat tepi jalan sebab lenguh drive atau duduk saje dalam kete..

Selamat Hari Raya Uolls..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Jerawat batu hilang dengan GLA Complex Shaklee!




 Tuan punya badan pun xpercaya yang kulit muka dah pulih.. ;)

Good Choice dear!

Bukan sahaja untuk kesuburan, tapi bermacam lagi khasiatnya..

- membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
- membantu meningkatkan kesuburan
- melegakan PMS (sindrom pra haid)
- membantu dalam menangani menapous
- menguatkan kuku dan rambut
- menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
- menghilangkan jeragat
- membantu menangani ekzema
- melegakan simptom akibat artritis reumatiod
- mengandungi Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
- menguatkan imuniti tubuh
- memperlahankan proses penuaan
- mengurangkan blood-cot yang menyebabkan serangan jantung
- mengawal kencing manis dan darah tinggi
- mengawal kolestrol
- untuk fungsi saraf

PM me untuk detail dan harga istimewa! :)
________________________________
Ana Lyana
Shaklee Independent Distributor [ ID : 894161 ]
Hp | 0133396435 / 0182244135
anacomey_84@yahoo.com
FB Page : Dani Dania Store


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

COD Shaklee di sekitar Bandar Pusat Jengka, Pahang & Kampung Gajah, Perak

Assalamualaikum wbt..

Orang-orang Jengka, kalau nak COD Vitamin Shaklee boleh call/sms saya di no. 018-2244135
Insyallah saya akan berada di Jengka start from 7hb Ogos sehingga 9 Ogos 2013.

Dan

Akan berada di Kampung Gajah, Perak pada 10 Ogos sehingga 12 Ogos 2013.





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Penawar duka lara





 Terima kasih kerana selalu ada kat sisi mama..
Selalu buat mama gembira
Selalu buat mama menangis
Selalu buat mama geram
Selalu buat mama menjerit
Selalu buat mama gelak terbahak-bahak
Selalu buat mama kecik hati
Selalu buat mama bersyukur
Selalu buat mama terharu
Selalu buat mama marah
Selalu buat mama bangga
Selalu buat mama terhibur
Selalu buat mama riang ria
Selalu buat mama menyanyi
Selalu buat mama senyum sorang-sorang..
Terima kasih buat anak-anak mama..
Semoga anak-anak mama membesar dengan sihat, bijak, dan jadi anak yang soleh..

Ya Allah Ya Tuhanku, kuatkan hatiku untuk menerima segala dugaan dan cabaran yang mendatang.
Amin Ya Rabilla'lamin..


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Petua Untuk Mengasihi Suami







1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.

2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.

3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.

4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.

5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu.Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.

6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.

7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.

8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.

9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.

10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya.Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.

12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain.Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.

13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda, layanilah dia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda.Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...