Botol susu pun jadi ek abang?



Pengaruh tv sangat si abang ni tau..
Botol susu dia tu dia buat macam pistol.
Kat taska, jumpa kawan2 terus dia tala kan botol susu dia tu kat kawan tu sambil cakap ping! ping! Ping!.
Hahaha, bunyi pistol lah tu..

Banyak milestone Dani yang aku tak update kat sini.
Citer dia masuk wad hari tu pun aku tak up lagi entry..
Busy sket lately..
Nanti aku citer kay..

Seeee youuuu..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hamper raya








♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Wordless Wednesday #31





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hanya gambar


Gambar di hari raya pertama lagi..:)

Jalan-jalan ke rumah sedara mara. Tapi maaf, ini sahaja gambar yang ada. Kamera aku kan rosak.. Minta belas ihsan kamera dari adik2 jelah.. Dorang hp canggih2.. hiks..


Aku, Andy n Zara


Zara with her uncle Anep. Habis pipi zara asyik kena kokak je ngan Anep.


Andy pun sama! Habislah pipi anak aku tu uii..




♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Raya Pertama di Tahun 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua..
Dah hari raya ke 7 baru sempat nak update blog untuk hari raya..
Busy ngan macam-macam hal..
Sibuk nak raya, anak masuk wad, setup bisnes baru..
Alhamdulillah, aku masih kuat semangat untuk mengharunginya..

Dah, jom bercerita pasal raya pertama aku..:)

Raya tahun ni ada best dan ada yang tak best.
Best sebab beraya dengan dua orang ahli baru iaitu anak kedua aku, Zara dan adik ipar pertama..hehe, Fyqa.. Wife Ijai. Bestlah sebab bertambah orang kat dapur.. Haha.. Tolong Ibu buat preparation untuk raya. Memang rajin si Fyqa ni.. Fyqa, sila jangan kembang hidung tu yek.. =p Aku kan breastfeed Zara, so, Zara asyiklah nak ngempeng sesaje.. So, keje-keje masak memasak banyaklah Fyqa yang bantu, selain adik pompuan aku yang dorang lagi tu, KakYang dan Ika.. Best ada ramai adik pompuan ni. Haha..

Yang tak best, Enady takde. Huhu.. Sedihnya pagi raya takde suami di sisi.. Dah, takmo citer sedih2..

Pagi raya tu semua excited. Dani ngan Zara pun bangun awal. Aku siapkan Zara dulu, Then baru Dani. Mood Dani ok pagi2 tu. Ceria je.. Tapi mood dia bertukar bila demam panas tiba-tiba. Kalutlah aku tampalkan cool fever ngan bagi ubat demam. Alahai, tak best betul raya-raya ni Dani demam. Raya tahun lepas pun sama. Hari Raya kedua dah tercongok kat emergency Hospitak Teluk Intan nun.

Lepas orang lelaki balik sembahyang raya, maka bermulalah sesi bersalam-salaman. Tradisi keluarga kami. Tiap2 tahun wajib buat..:)


Aku kan anak sulung, maka gambar besarlah sikit. Hehe.. Alhamdulillah, tahun ni ada rezeki lebih, boleh bagi Ibu ngan Ayah duit raya.. Terimalah duit raya dari Along yang tak seberapa ni ye Ibu Ayah..


Diikuti Ijai, Anep, Kakyang, Ika dan menantu Fyqa. Ayah siap tanya, eh tak cukup lagi sorang.. hooo, menantu lagi sorang tak dapat balik.. keje.. Ish, ayah ni, ak dah sedih dah.. tsk tsk..


Sesi salam adik beradik pulak.. Gambar Kakyang ngan Ika dah takde.. Lupa nak snap.. hehe..


Turn Dani pulak bersalam-salaman. Tahun lepas dia tak reti lagi nak bersalam-salam. Tahun ni dah pandai dah. Mood dia kan ke laut pagi tu. Suruh salam takmo. Mengamuk-ngamuk. Pastu dia tengok semua orang salam, barulah dia nak salam ngan semorang.. Dani Dani.. mujurlah dia demam, maka dimaafkanlah bila dia buat perangai macam tu. Semput aku tahan napas kemarahan..

Sesi bergambar pulak..:)


Tak lengkap. Tak cukup sorang. Enady takde.


With Andy. Nun hujung sebelah Ibu tu. Andy tu housemate Anep. Sarawakian. Tak sambut raya. Dia sambut Krismas. Handsome kan. Hehe.. Jangan memain.. Bakal nurse tu. Final sem kat Segi College. amik course Nursing..:)









Tengah syok-syok bergambar, Dani ngamuk-ngamuk lagi. Habis kamera aku dibalingnya. Uwaaaa.. Habis rosak kamera mama nak oi.. Terpaksa masuk klinik lah kamera tu.. dah hilang mood nak beraya.. Sadis..

Tragedi hari raya pertama : Kamera kesayangan rosak. Meleleh ayaq mata uolls... T_T



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Wordless Wednesday #30


Tidokan adik~~


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Wordless Wednesday #29

Ralit tengok Upin Ipin.


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Mealshake : Untuk kanak-kanak yang kurang berat badan



Anak-anak susah nak makan? Sama macam anak aku.. Dani susah betul nak makan. Kalau makan pun secoet je. Pastu dah tak nak dah. Susu susu susu je pagi petang siang malam. Badan pun dah tak chubby macam dulu. Rindunya badan dia yang dulu..

Aku jumpa solutionnya. Mealshake Shaklee. Aku baru 3 hari je consume kat Dani Mealshake ni. Aku taruk satu sudu teh dalam susu dia setiap pagi, tghari dan malam. Sikit je pun. Perubahan dari segi bentuk badan belum lagi kot. Tapi dari segi dia mintak nak makan tu, adoi la.. kadang-kadang tension aku. Haha, anak tak makan risau, anak nak makan pun risau. 

Bukan tension apa pun. Cuma bila aku tengah susukan Zara, time tu lah dia mintak nasik. Hai lah anak, adik ko dah meraung-raung ni mintak nenen. Aku suh sabar jap. Nakkkk jugak. Terpaksalah heret adik dia sekali suap Dani makan nasi. Kadang-kadang aku bagi je dia makan sendiri. Tapi tau-tau jelah bila bagi makan sendiri ni, ke tempat lain je yang lebih kalau tak dalam mulut kan..

Hebat jugak penangan Mealshake ni. Sebelum ni aku dok sua Appetton, tak jalan. Scott Elmulsion pun tak jalan. Sama je. Tu yang ikhtiar Mealshake ni. Rasa pun sedap. Macam ice cream Vanilla. Cuma yang beza, dia dalam bentuk serbuk. Kena bancuh.

Sebenarnya, kena soalan padu dari Enady. Hahaha.. 

"Mama ni, asyik suplemen itu ini. Takpe la. Bagus. Tapi untuk mama. Untuk anak takde?"

Hambek ko.. Maksudnya janganla nak sihat sensorang. Anak-anak diabaikan. :)

Nanti aku share lagi perubahan positif dari anak aku sendiri k.. Jom kita tengok testimoni dari pengguna-pengguna lain plak..

 

Mealshake ni bukan sahaja sesuai untuk anak-anak, malah untuk orang dewasa juga terutama untuk mereka yang sukar telan ubat. Sangat sedap dicampur dengan susu segar mahupun apa-apa minuman lain. Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Sumber 

 Kalau korang google pun banyak lagi testimoni2 yang best pasal Mealshake Shaklee ni..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Happy

Hari ni mood happy sangat..

Tak tau sebab apa..

Sebab dah nak balik raya kot..

hahaha.. semorang pun kan nak balik raya..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Lecithin Shaklee : Berat turun 15kg dalam masa 2 bulan !!!


TERUJA, saya masih TERUJA!! Dari saat nama saya di tagged oleh Datin Walis sehingga kini, pesanan SHAKLEE LECITHIN masih membanjiri inbox email, FB dan phone saya. SUNGGUH TERUJA!

Shaklee Lecithin Turun Berat Badan 15 Kg dalam 2 Bulan
Apa yang berlaku sehingga ramai anda diluar sana ingin mendapatkannya?? Berikut ialah Pengakuan BENAR dari seorang teman istimewa yang juga merupakan loyal customer saya, Datin Walis :)
Ya BENAR!! 15 KG dalam masa 2 BULAN! Datin Walis merupakan ibu gigih yang ingin menjayakan penyusuan esklusif beliau, seorang wanita jelita(memang cun!) dan sgt menjaga penampilan beliau. Apa yang beliau amalkan?
Bagi menjayakan penyusuan susu ibu, beliau mendapatkanBreastfeeding Set E dan untuk menurunkan berat badan beliau mengamalkan pengambilan SHAKLEE LECITHIN.
Info penting yang anda perlu tahu tentang SHAKLEE LECITHIN!
LECITHIN
Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone.
Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
Untuk komersil didapati dari telor, jagung & kacang soya
Fat Emulsifier – Metabolisma lemak
KANDUNGAN
* Asid linoleik (essential fatty acid) ? amat diperlu oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan ia perlu diambil melalui diet harian.
* Kolin – satu komponen neurotransmitter
* Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
* Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan
KHASIAT DAN KEGUNAAN LECITHIN
1. PALING UTAMA – untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
* Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
* Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
* Membantu mengawal paras triglycerides
* Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
* Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol
2. PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
* Acethylcholine penting untuk fungsi otak – berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
* Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari LECITHIN
* Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine ? kerana 30% otak adalah lecithin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin
3. UNTUK KAUM TUA
* Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
* Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb
4. UNTUK PENGHADAMAN
* Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil ‘bile’(jus hempedu) daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
5. UNTUK SEL
* Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
* Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)* Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
* Ia amat mujarap jika di ambil bersama-sama EPA dan Fiber
HASIL PENYELIDIKAN (R&D)
* Lecithin daripada soyabean berkesan memecahkan deposit kolesterol
* Lecitin daripada telor boleh tetapi tidak bergitu berkesan
MENGAPA SHAKLEE
* Kacang soya – sumber semulajadi yang terpilih.
* Kapsulnya mempunyai ciri-ciri lecithin sebagaimana di anugerahkan oleh alam
* Tiada pengawet, perwarna, perasa tiruan
* Kepekatannya.
– 1 kapsul :
* 520 mg lecithin
* 78 mg phosphatidycholine
* 47 mg phosphatidylinositol
PERANAN LECITHIN BUAT IBU MENYUSU
Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?
* Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
* Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
* Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau “short memory” yang biasa dilalui selepas melahirkan.
* Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi.
Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah YA selamat diambil. Sila dapatkan jadual pemakanan dari pengedar seandainya anda mahukan cara pengambilan yang lebih baik.
Credit : Iffah Anuar


credit : http://stayhealthy.my/lecithin-shaklee-berat-turun-15kg-dalam-masa-2-bulan/
♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Satu baju dah muat..


Alhamdulillah...satu baju kurung zaman sebelum kahwin dulu dah muat..Yeay! Ni yang buat aku lagi sayang kat Shaklee ni..:)

Bermula kisahnya satu sahur tu, aku terbangun lambat tapi masih sempat la nak minum secawan milo n makan kurma 3 biji. Nak iron baju mmg dah tak sempat sebab dua-dua anak tu dah bangun.. Sekali sarung je baju yang tak payah iron. Baju yang kat dalam gambar tu lah...

Eh, dah muat!

Sejak mengandungkan Dani lagi baju tu tergantung je kat dalam almari. tahun 2009 kalau tak silap. Akhirnya dah boleh pakai balik..

Walaupun tak nampak kurus mana aku sekarang ni tapi perubahan yang sikit makin buat aku bersemangat nak kurus lagi..Nak kata aku jaga makan, tak jugak sebab ibu menyusu ni asyiklah lapar..aku makan je apa yang aku rasa nak makan. Kadang-kadang tu sampai tersandar kekenyangan lepas berbuka tu.

Aku cuma amalkan makan Herb-Lax plus Lecithin. Herb-Lax ni suplemen yang hanya makan 1 atau 2 kali seminggu. Lepas makan tu, ko akan rasa sakit perut yang mild je untuk melawas apa yang tak perlu dalam badan. Rasa ringan perut bila keluar semua-semua yang tak perlu tu..




Kenapa perlu mencuci usus?
Ia perlu demi mengelakkan gangguan kepada sistem pencernaan, mengelakkan gangguan sistem peredaran darah dan sistem pertahanan badan.

Apakah yang berlaku apabila sistem pencernaan terganggu?
Sistem pencernaan sangat penting demi menyahkan toksin dari tubuh badan. Jika ia tidak dapat berlaku dengan baik maka ia akan mengundang penyakit seperti



  • masalah kulit
  • gangguan pada buah pinggang
  • mulut dan nafas berbau
  • sesak dada
  • angin ahmar
  • wajah nampak tua
  • kembung perut dan 
  • daya imun yang lemah.
Terutama mereka yang mengamalkan makan vitamin pemecah lemak seperti Omega dan Lecitin sangat perlu mengambil Herb Lax demi memastikan lemak2 yang disingkirkan dapat dibuang dengan baik melalui proses penyahtinjaan.

Siapa yang sesuai makan Herb Lax?*
Lelaki dan Wanita
Mereka yang dalam proses pembuangan lemak
Mereka yang ada masalah pencernaan
Mereka yang menyusu anak.
Mereka yang ingin menjaga kesihatan usus terutamanya.



Lagi satu aku amalkan makan Lecithin. Untuk proses pembakaran lemak.



Kegunaannya;
PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  • Membantu kawal paras triglycerides
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK (untuk pelajar sekolah dan universiti)
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak – berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
  • Choline & lecitin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama lecitin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
Kepada mereka yang nak kuruskan badan, atau kepada mereka yang banyak menggunakan otak (student contohnya), amatlah digalakkan mengambil Lecithin ni sebagai makanan tambahan.
Cara makan :
Untuk mereka yang nak turunkan berat badan digalakkan ambil lecithin 2 biji setiap kali sebelum atau selepas sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Maknanya sehari 6 biji. Tetapi kalau untuk otak boleh juga makan sebiji sehari sahaja.


PM me untuk detail dan harga istimewa! :)
________________________________

Ana Lyana
Shaklee Independent Distributor [ ID : 894161 ]
Hp | 0182244135
anacomey_84@yahoo.com
FB : Ana Lyana


Disclaimer #1  Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. 


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Demam


Dah lamaaaa sangat dia tak demam..
Sejak aku bersalin hari tu..
Kelmarin, tiba-tiba demam panas.
Demam yang tiba-tiba.
Petang tu elok je balik dari taska, main-main ngan adik dia, bergaduh2 ngan aku dapur..
Sekali masa nak berbuka, senyap je dia.
Tengok-tengok dah tertido.
Dalam hati, pelik pulak si Dani ni tido.. awal lagi ni..
Selalu dia tido kul 10-11 malam macam tu..
Bila pegang badan dia, panasss!
Haruslah aku gelabah.., macam mana boleh tiba-tiba demam ni..
amik air jerlum kepala then bagi makan ubat..
Muntah pulak, terus shoot ubat vontot..
Dengan harapan pagi2 esok dah ok lah..
Bangun paginya badan masih dedar dedar lagi.
Tapi aku bawak jugak pegi school sebab nak bagi dia aktif.
Dani ni kalau kat taska memang aktif.
Dia seronok berkawan..
Kang kalau kat umah, melepek je baring, lambat lak baik demam.
But, aku still pantau ngan ciksgu-cikgu dia..n tinggalkan ubat..
Sampai petang, Dani ok je. Takde dia merengek ke apa ke..
Ligat main ngan kengkawan..
Now, alhamdulillah dah ok..
Aku ni risau bukannya apa.. Kalau Dani demam, first thing aku tgk telinga dia dulu..
risau wooo kalau bernanah..
So far, takde bernanah dah..
Alhamdulillah..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

"Sukakah engkau aku ajarkan satu bacaan yang dapat melangsaikan hutang-hutangmu dan melenyapkan duka dan kesedihanmu?

Apabila datang kesusahan dan bala, baginda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam selalu menganjurkan kepada para sahabatnya supaya memohon bantuan daripada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala. Kerana hanya Dialah yang berkuasa melepaskan kita daripada sebarang kesusahan.Pada suatu hari, baginda SallaLlahu 'alaihi Wasallam masuk ke masjid, kata Abu Sa'id al-Khudri, lalu baginda melihat seorang lelaki Ansar bernama Abu Umamah sedang termenung, pada wajahnya tergambar kedukaan. Kemudian baginda Rasul bertanya; "Apa yang engkau buat di sini pada waku begini, wahai Abu Umamah?"Abu Umamah menjelaskan; "Aku sedang bingung kerana terlalu banyak hutang, ya Rasulullah."

"Sukakah engkau aku ajarkan satu bacaan yang dapat melangsaikan hutang-hutangmu dan melenyapkan duka dan kesedihanmu?"Abu Umamah berkata; "Tentulah aku suka, ya Rasulullah!"

"Bacalah setiap pagi dan petang bacaan ini," kata baginda Rasul.Bacaan yang dimaksudkan baginda tersebut ialah;

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada [sifat] pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Kemudian Abu Umamah berkata; "Doa tersebut aku amalkan dan akhirnya Allah Subha Nahu Wa Ta'ala menyelesaikan hutang-hutangku, begitu juga kesusahanku."
Sesungguhnya doa-doa ini bukanlah hanya sekadar doa yang memohon sesuatu daripada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala oleh orang yang malas bekerja. Tetapi, yang demikian adalah suatu pertolongan yang timbul daripada kebenaran serta keyakinan yang kuat. Maka dengan membacanya, orang bekenaan mampu manghadapi apa jua bentuk persoalan yang datang dalam hidupnya.Selain daripada itu, doa-doa ini juga adalah suatu sempadan nilai yang sewajarnya menjadi pegangan orang Mukmin, yakni setiap usaha dan pekerjaan yang dilakukan adalah atas dasar iman dan takwa kepada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala.Maka, diharapkan bertambah baik jiwa seseorang, bertambah mantap tekadnya, setelah membaca doa-doa yang mengadungi motivasi ini. Lalu, kerana berkat doa-doa ini, maka semakin baik pulalah amalan agama seseorang dan bertambah baik pula kehidupan dunianya.

kredit : Mamafaiz.com

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Ayat2 ini bagai titisan air yg menyejukkan, memberi ketenangan dan kemenangan..


"Tidak ada kesusahan atau bencana yg menimpa seseorang melainkan dgn izin Allah, dan sesiapa yg beriman kepada Allah,Allah akan memimpin hatinya utk menerima apa yg telah berlaku dgn tenang dan sabar" (Surah At-Tghabun:11)
 
"Dan berilah khabar gembira kpd org2 yg sabar iaitu org2 yg apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata:"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dn kepada Allah jualah kami kembali:(Surah Al-Baqarah:155-156)


 kredit to : Mamafaiz.com

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Tangan yang memberi lebih dari tangan yang menerima

Di bulan yang baik ni, mari kita menderma..yang penting ikhlas..

*****************************************

Assalamualaikum

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Tuan/Puan,

MEMOHON DERMA/ SUMBANGAN UNTUK PEMBINAAN SURAU AS-SOLIHIN BANDAR PUNCAK UTAMA KAJANG.

NO. KELULUSAN JAIS : JAI.BPM/01/015/7 Jld 1 (3)
NO. KELULUSAN MAIS: (2) MAIS/SI/BHB/01-3/009/4/2-92

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Pihak Jawatankuasa Surau As-Solihin sedang mengumpul dana untuk tujuan membina sebuah surau seperti yang tercatat di atas. Kos bagi pembinaan surau tersebut dianggarkan sebanyak RM400,000.00 [Ringgit Malaysia : Empat Ratus Ribu Ringgit].  Sebarang sumbangan dan derma ikhlas adalah amat diharapkan untuk menjayakan projek ini. Sumbangan boleh disalurkan melalui Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau atau secara Bank-In/Online ke akaun berikut:

Nama Pemilik Akaun                : Surau As-Solihin
Nama Bank                              : Bank Muamalat
No. Akaun                                : 1210-0000534-71-9

Dilampirkan surat kelulusan Majlis Agama Islam Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dan Senarai nama Ahli Jawatankuasa Surau untuk rujukan pihak Tuan/Puan. Jika pihak tuan memerlukan salinan resit pembayaran derma, sila SMS, e-mail atau hubungi Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau As-Solihin

Semoga Allah memberkati dan melimpahkan Rahmatnya di atas sumbangan derma ikhlas pihak tuan dan puan. 
Amin.  Sekian terima kasih.

Maklumat terkini Surau As-Solihin boleh layari : http://www.facebook.com/pages/Surau-As-Solihin-Bandar-Puncak-Utama-Kajang/200172913404430

Yang benar,

SHAMSUZLAN
Pengerusi Pembinaan Surau As-Solihin
Bandar Puncak Utama, Kajang, Selangor

Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau As-Solihin:

Pengerusi                 : Shamsuzlan (013-6357272) - shamsuzlan@upkkl.com
Timbalan Pengerusi   : Ust. Tarmizi   (012-6879149)
Bendahari                 : Syed Ahmad (012-3225796) - mrzali@gmail.com
Setiausaha                : Zailan            (013-3530105)

****************

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." Al-Baqarah, Ayat: 261.


"Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya, dan menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki."Al-Saba, Ayat:39

Kredit to Ceera

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...