Jom main sama-sama


Makin hari aku makin suka tengok gelagat dua beradik ni. Terutamanya si abang lah. Rajin melayan adiknya. Asal Zara baru bangun tido je terus Dani terpacak depan adik dia ajak main sama-sama. Zara pun sengih-sengih. alahaii la.. bahagia sangat rasanya.








♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Wordless Wednesday #32





♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Review Check up Zara 6 bulan



Hurmmm, agak mengecewakan result check up kali ni. Sama ngan Yun Nasir. Berat Zara naik 100gram sahaja. Huhu..~~

Tak tau nak cite apa dah.

Sedih...



=p

Taklah, gurau je. Sekarang ni sedaya upaya merajinkan diri mencuba macam-macam resepi untuk diberi kat Zara. Tapi semuanya berakhir ngan aku yang kecewa jugak. Hahaha, Zara takmo makan. Masuk dalam mulut pastu diluahnya balik..

Ada tips tak?

Aku try bagi telur separuh masak baru dia nak makan sikit2. Takkan ler aku nak bagi telur je hari2 kan.. Atas saranan nurse jugak aku bagi dia rasa telur separuh masak tu. Terkejut jugak nurse cakap dah boleh bagi anak makan, bubur, telur.. Sampai kat telur, aku terkejut. Telur? Bukan ke telur masa umur dia setahun ke?

Nurse cakap, taklah. Leh try bagi sekarang. Pastu observe la kot2 allergic ke kan.. So far, takde plak naik merah2 ke apa.. Ok je Zara makan.. Boleh bagi lagi nanti. Bagi berat naik sket.

Ok, next appointment bulan 12 nanti. 9 bulan.


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Jalan-jalan di petang hari


Dah lamaaaaaa sangat tak jalan-jalan satu family di waktu petang..
Sampai aku merajuk-rajuk dah ngan Enady.
Aku faham dia kerja. huhuhu.. tapi tapi..
.hurmm, takpelah, biar aku pendam dalam hati je..:)

Please sayang, cariklah kerja yang Sabtu Ahadnya cuti.
Kesian kat anak-anak tu.
 Mama takpe..
 Cet, takpe konon, aku jugak yang terseksa jiwa raga bila terperap je kat umah bila time weekend..

Semalam dia kerja pagi. Sebelum dia pergi kerja, awal-awal dia dah cakap ngan aku..
Ma, petang kang kita g jalan-jalan.
Pegi mana? *merajuk
Kata nak bawak Dani tengok fish..
Yelah, kalau tak jadi jugak hari ni, takyah dah la kuar sampai bila-bila..

Haha, tu diaaa.. cakap je sebenarnya.. Teringat sape ntah post kat fb.
Perempuan ni kalau marah, macam-macam dia cakap, tapi sebenarnya dia langsung tak maksudkan pun..
Haaa, lebih kurang gitulah..

Dah nak dekat kul 5, budak-budak ni tak bangun lagi.
Sampai papa dorang baliklah, dorang tak bangun lagi.
Disebabkan dah tido lama, aku kejut je.
Kecuali si adik, dia dah ek ek masa tu dah bangun.
Siap-siap.. terus chow pegi Taman Wetland.


Sampai-sampai Wetland, baling-baling roti utk ikan makan.
Sekali nan hado ikannya.
Ada tu ada la..
Tapi tak meriahh macam sebelum ni.
Dani la paling excited.
Terjerit-jerit dia tengok ikan tu menggelupur makan.
Zara pun dah pandai dah..
Nampak air tu berkocak, bising mulut dia.
Teruja lah kot..

Gamba family kecik kami...
Dah lamaaaaa jugak tak amik gambar sama-sama..:)


Rambut depan Zara yang semakin panjang.
Sian dia tergar-garu, rimas.
Aku nak potong sayanglah pulak..


Dani yang semakin mengurus. 
Makan banyak tapi tetap kurus.
Lasak kemain!
Oh ye, ada orang tegur aku tadi, dia cakap, hyperaktif ye yang si abang ni..
Hahaha, Dani memang gitu. 
Kalau dapat keluar, teruja habisss.
Semua dia nak explore..
Rumah tinggi, jarang pulak nampak tanah, biasalah tu kan..:)


Pantang betul kalau aku berdirikan dia macam ni.
Asyikla nak melompat..

Habis dah cerita hari minggu kami.. :)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Happy 6 months Zara!



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Testimoni : GLA + Alfafa


Ini mak aku. Hehe.. Ibu makan produk Shaklee dulu daripada aku. Mula-mula Ibu amik set optimum health tu. Ibu beli ngan anak kawan ayah. Aku pun tak tau Ibu dah consume Shaklee lama dah. Camne leh terbocor rahsia Ibu kekal cergas? Hehe.. 

Masa aku pantang hari tu Ibu nampak aku order online set breastfeeding. Aku citer lah bagai kan pasal produk Shaklee ni. Tup tup Ibu cakap, Ibu dah lama makan Shaklee. Pastu Ibu g dapur tunjuk trial pack Set Health Optimum tu. Tapi tak habis pun. Tak lalu nak telan katanya..:)

Ibu tanya produk untuk hilangkan jeragat ada tak? Masa tu aku zero pasal Shaklee. Yang aku tau bab vitamin untuk breastfeeding je. Yang lain-lain aku tak tau. Dah Ibu tanya macam tu, tambah-tambah lak aku ada baca dalam group FB untuk pengguna Shaklee, so, aku baca-baca kat situ. Aku gali balik segala photos n files. Jumpa lah macam-macam. Belum cuba lagi Shaklee lagi aku dah excited. (Masa tu tak terfikir pun nak jadi Distributor).



Aku baca baca dan baca. Jumpa lah ngan GLA ni. Antara kebaikan GLA ni adalah :

- membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
- membantu meningkatkan kesuburan
- melegakan PMS (sindrom pra haid)
- membantu dalam menangani menapous
- menguatkan kuku dan rambut
- menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
- menghilangkan jeragat
- membantu menangani ekzema
- melegakan simptom akibat artritis reumatiod
- mengandungi Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
- menguatkan imuniti tubuh
- memperlahankan proses penuaan
- mengurangkan blood-cot yang menyebabkan serangan jantung
- mengawal kencing manis dan darah tinggi
- mengawal kolestrol
- untuk fungsi saraf

Banyakkan kebaikan dia. All in one! Aku nampak ada untuk hilangkan jeragat ngan kawal darah tinggi tu yang terus aku suggest kat Ibu. Ibu pun beli dua botol. Ibu start makan GLA masa first puasa hari tu. 2 biji sehari. Pagi dan malam. Now, dah habis. Hehe, nak repeat order lagi tu..

Perubahan kat Ibu, baru ni Ibu datang KL masa hantar Kakyang masuk UiTM Shah Alam last week, aku tengok muka Ibu dah lain. Kedut-kedut dah kurang. Kulit muka nampak tegang. Jeragat takde. Wah! Hebatlah penangan GLA!. Terus aku mintak Ibu posing jap nak amik gambar muka. Thanks Ibu.

Selain GLA, Ibu consume Alfafa juga. Balik cuti raya hari tu Ibu tanya, Long, untuk kurus ada tak? Haha, Ibu dah kuruslah, buat apa nak kurus-kurus sangat. Tapi Ibu tanya tu lebih kepada nak lawas bila membuang. Aku suggestkan Alfafa. Alfafa juga fungsinya untuk detox. Membuang lebihan-lebihan lemak yang tak perlu. Dah sebulan lah Ibu makan Alfafa, Ibu cakap lawas je bila membuang. Badan pun rasa ringan.


Antara kelebihan Alfafa :

- Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia
- Bagus diambil oleh ibu-ibu menyusu untuk merangsang penghasilan susu ibu (milk booster)
- membantu perkumuhan jadi lawas
- membantu membuang angin dalam badan
- termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan
- melegakan sakit sendi dan belakang
- menghilangkan kelesuan dan tekanan
- memberi rasa sensasi sejuk (alfafa shaklee mengandungi minyak peppermint)
- memberi kelegaan semasa haid
- mencuci usu bagi membuang toksik dalam badan
- merawat masalah keputihan bagi wanita
- banyak lagi kalau nak disenaraikan...

Amaran : Alfafa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE.

Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. Lebih banyak alfalfa kita makan, lebih banyak air yang perlu kita minum. Walaupun alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang kaya dengan micro nutrient namun ia tidak mempunyai sukatan khas yang memenuhi keperluan badan kita. 


Untuk ibu yang menyusukan bayi pula, alfalfa merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. Ianya bergantung kepada keperluan badan si ibu. 

Harga Shaklee Alfalfa (330 tab) ialah RM53.75 (WM), RM56.25 (Sabah & Sarawak). Manakala Shaklee Alfalfa (700 tab) ialah RM97.50(WM), RM102.50 (Sabah & Sarawak).


Harga GLA Complex (60 tab) ialah RM91.25 (WM), RM95.00 (Sabah & Sarawak)

PM aku untuk dapatkan harga istimewa! 

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Review check up Zara 5 bulan

Huhu.. Maafkan mama sayang oi.. Dah nak masuk 6 bulan baru mama update check up Zara 5 bulan. Mama busy sayang..:)

Berat naik dari 6.4kg ke 7 kg ngam ngam.. Alhamdulillah..

Tinggi pun naik dari 62cm ke 65cm. No wonderlah kamu nampak panjang Zara ui. 





Alhamdulillah juga, mama masih breastfeedkan kamu sayang..:) Semoga Allah melimpah ruahkan rezeki untuk kamu Zara.. I'm love breastfeeding!


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Zara & Haziq

 Dorang ni beza sebulan je. Haziq tua sebulan dari Zara. taskamate Zara. hehe. Ada ke taskamate? =p


Cubaan tegakkan badan untuk merangkak dari Zara.

 Haziq sangat fotogenik. 
Suka dengan kamera. 
Tengok gambar-gambar atas bawah ni,
Jenuh aku dok panggil Zara,
Haziq yang pandang..
Good boy la Haziq..:)

 Cube tu lagi interesting dari suara mama yang dok panggil2 dia..
hehe..



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Abang vs Uno?



Disusun sendiri oleh Dani. Clap clap clap for u abang..:) Mama love you..


Dani memang excited bab-bab susun tinggi-tinggi ni..
Nampaknya kena cari lah mainan yang seakan-akan Uno ni..
Ke ada yang nak bagi hadiah..
Hahaha..
Pakcik makcik Dani, sila alert ye..=p

 

Peace version Dani!
Mata tu tengok aku, bukannya tengok kamera.



♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Dani warded @ Hospital Teluk Intan


Sorry lama terperap kisah ni.

Sebelum balik bercuti untuk raya ari tu, Dani dah batuk nak dekat sebulan jugakla. As a mother, takkan la aku dok goyang kaki je kan bila tengok anak sakit. Macam-macam ubat aku bagi. Macam-macam petua jugaklah aku buat kat Dani nak bagi dia baik. Yang aku ingat lepas bagi antibiotik Augmentin tu, memang Dani baik sekejap. Ada la dalam 3-4 hari macam tu. pastu batuknya datang balik..sampailah nak dekat raya.

Sehari sebelum raya, Dani demam. Panas badan dia. Nasib baik aku ada standby ubat demam. Demam on off. Habis kesan ubat, demam balik. Malam raya, Dani batuk sampai muntah-muntah. tak lena tido dibuatnya. Masa ni aku tak fikir lagi yang benda ni worst. Maybe batuk muntah untuk keluarkan kahak. Bad mother..:(

Pagi raya, Dani demam. Bagi ubat then sambung la aktiviti raya. Seriously memang tak meriah. Sebab Dani buat perangai. Ngamuk-ngamuk bila ajak bersalam, ajak bergambar. Layankan ajelah. Pegi beraya pun tak best sebab Dani yang moody.

Malam raya pertama tu, Dani demam balik. Batuk teruk. Terus decide bawak pegi emergency Hospital Teluk Intan. Pinjam kete Anep. Ajak KakYang follow sebab nak mintak tolong dia pegangkan Zara. Zara kan menyusu badan. Terpaksalah hangkut sekali. Tengah siap-siap, ayah balik dari Rukun Tetangga. Ayah nak follow jugak.

Biasalah, dah sampai emergency. Register bagai. Kalau tak tunggu 2 jam tak sahkan kalau hospital gomen ni. Ayah dah tertido-tido kat kerusi. Zara dah nangis2 tak selesa asyik berdukung je. Dani dah 2 kali muntah kat lantai hospital.

Aku merayu kat kaunter triage tu supaya dipercepatkan no. aku. Dah hampir 3 jam ok. Bergenang-genang lah jugak air mata merayu. Alhamdulillah, rayuan ku dipertimbangkan. Dapat masuk jumpa doc, kena soal siasat la. Bla bla bla.. citer semua2 perihal Dani. Doc decide nak amik darah sebab demam on off, takut denggi. Ngan buat xray.

Result darah, normal. Bukan denggi. Result Xray, very bad. Doc yang kata. Aku terus cuak dan berdebar2 menanti review dari doctor.

Akhirnya, doctor decide utk admitkan Dani. Sebab nak taknak dia kena jugak amik antibiotik. Doc bagi dua pilihan. Satu, admit kat HTI dan doc bagi ubat cucuk antibiotik utk 48 jam. (doc bgi ubat cucuk sebab ubat makan dah tak jalan). Dua, Dani kena naik ambulan malam tu jugak kalau nak transfer Putrajaya. Tapi doc cakap, lebih baik u admit kat sini coz budak kecik tengah sakit, mesti dia letih naik ambulan. jauh kan perjalanan.. Aku amik pilihan no. satu tu.



Merasa lah aku stay kat hospital buat kedua kalinya untuk temankan Dani. Setiap tahun ko admit hospital Dani ui. hurmm.. So far, sepanjang dia kat wad tu, hari pertama je dia lembik. Asyik tido-tido je.. Hari kedua dan seterusnya, dah macam bukan orang sakit. Lasak. Takmo diam. Asyik ajak balik je..

Tambah-tambah papa dia dah ada. Lagila buat peel. Aku kembang kuncup kembang kuncup je hidung tahan marah..=p


ngan pakcik anep

Hari Rabu aka raya ke-empat, barulah Dani leh discharge setelah complete 48jam antibiotik dia. Lega hati den. Tapi balik rumah tetap kena continue ubat antibiotik 5 hari. Kiranya balik umah tu ngadap ubat ajelah si Dani pagi ngan malam. Naisb baik lah Dani pencinta ubat..

Alhamdulillah sekarang Dani dah ok.. Selera makan makin kuat. selera nak berjalan pun hadoila.. pening kepala mak pak dia..

Terima kasih kepada yang sudi datang melawat Dani kat hospital hari tu. Ana akak Miera n family, Mak Uda's family..Terima kasih juga pada yang mendoakan kesihatan anak aku..:)

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Kenapa perlu side income?

Alhamdulillah...

Aku melangkah maju setapak lagi dalam bisnes yang aku ceburi ni. Sangat tak sangka. Walaupun tak sebesar mana pun 'anak baru' aku ni, tapi berkat doa-doa orang yang aku sayang, usaha yang tak berbelah bagi, impian yang sangat-sangat aku ingin gapai, Allah permudahkan segalanya.

Siapa yang kenal betul ngan aku, aku bukannya orang yang boleh dikategorikan sebagai orang ber'ada'. Hujung bulan memang selalu tercungap-cungap bernafas. Aku tak mahu selamanya macam tu. Aku ada dua orang anak yang perlu aku besarkan penuh kasih sayang dan sedaya upaya mengerah kudrat untuk senangkan mereka.

Atas faktor itu, aku tak ingin lagi menoleh ke belakang. Aku harus buat sesuatu! Mula-mula memang aku sendiri tak yakin yang aku boleh buat bisnes ni. Bukan aku tak pernah cuba segala mak nenek perniagaan. Ntah macam mana, semuanya bagai angin lalu. Tak berkembang. Tu adalah salah satu aku rasa nervous utk aku mula balik.

Semangat seorang sahabat yang nak tengok sahabatnya berjaya telah bukakkan pintu hati aku. Kata-katanya buat aku yakin! Buat aku semangat! Pesan dia, tiap kali ko rasa down, ko pandang anak-anak!

Yes! Pesanan itu berjaya buat aku bangkit!

Terima kasih sahabat...benar-benar sahabat. Sahabat yang sebenar-benarnya. T_T

Kenapa perlu side income?

Kerana aku nak capai impian aku yang berlambak ni! Nak capai jugak impian korang? 

PM | SMS | Whatsapp aku kalau nak tahu caranya. 013-3396435


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Wordless Wednesday #31


 Berkerut-kerut dahi menahan silau matahari..
otw balik keje..:)


♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

4 September 2012

04 September 2012


Selamat Hari Lahir sahabat lama..









 pernah jadi sebahagian daripada kenangan di zaman persekolahan, sesekali teringat jua kan..:)





apa-apa pun, suami tetap yang pertama di hati..
I love you sayang.

♥ mama Muhammad Dani Emir & Nur Izzara Dania ♥

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...