Keadilan


PUTRAJAYA: Sebuah taska di Menara Usahawan, di sini, ditutup berikutan kematian seorang bayi lelaki berusia tiga bulan yang dipercayai diabaikan ketika di bawah penjagaan pengasuh, 9 Ogos lalu.
Tindakan itu juga diambil selepas mendapati jumlah kanak-kanak dan bayi seramai 66 orang di taska berkenaan tidak seimbang dengan bilangan dua pengasuh yang bekerja di taska berkenaan.

Pegawai Kebajikan Masyarakat cawangan Putrajaya, Mohamad Fazli Abdul Rahman berkata, ketidakseimbangan itu mungkin menjadi penyebab bayi terbabit tidak mendapat penjagaan sewajarnya sehingga mangsa yang menghidap selesema lemas akibat hingus yang terlalu banyak di dalam hidung.

“Berikutan kejadian itu, kita tiada pilihan lain kecuali menutup taska ini bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“JKM menerima beberapa aduan daripada ibu bapa lain yang menghantar anak di taska berkenaan selepas kematian bayi lelaki itu, terutama mengenai perkhidmatannya yang tidak bagus.

“Selain itu, taska berkenaan tidak mempunyai perakuan pendaftaran daripada JKM,” katanya, semalam.


Operasi yang bermula kira-kira jam 10 pagi itu disertai lima pegawai JKM berlangsung dalam keadaan terkawal dan ibu bapa diminta membawa pulang anak masing-masing.

Bagaimanapun, pemilik taska berkenaan tidak kelihatan kecuali dua pekerjanya yang bertugas.

Mohamad Fazli berkata, walaupun taska berkenaan sudah memohon perakuan pendaftaran April lalu, tetapi JKM tidak meluluskannya kerana pengusahanya tidak memenuhi piawaian asas yang ditetapkan.

Antara piawaian yang ditetapkan JKM adalah bilangan pengasuh iaitu satu nisbah lima untuk kanak-kanak bawah tiga tahun dan satu nisbah 10 bagi kanak-kanak tiga hingga empat tahun. Selain itu, katanya pengusaha juga perlu mengemukakan surat sokongan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan selain berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Beliau berkata, JKM memberi tempoh 21 hari kepada pengusaha taska untuk memenuhi syarat piawaian yang ditetapkan dan sekiranya gagal pengusaha boleh dikenakan tindakan mahkamah.

“Jika didapati bersalah, pengusaha bakal berhadapan denda RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi kesalahan pertama,” katanya.



sumber : harian metro hari ni...

Iftar di Nandos, Alamanda


Haha, dah hujung-hujung Ramadhan ni, malas rasa nak masuk dapur. Tambah-tambah pulak husband takde. So, berbuka ngan kawan-kawan haruslah tidak dilepaskan. Jangan risau, aku dah minta keizinan suami ye..:)
Dari sebelum puasa lagi teringin nak makan kat sini. Tapi tak terpegi-pegi. Dan terima kasih Dayan sebab terbitkan idea nak buka puasa kat sini. Aku berharap sangat yang Dani takkan cranky seteruk masa Iftar kat De' Lanai tu..haha, sakit hati tak dapat makan banyak..=p

Plan asal yang join 4 orang. Last minute orang tu tak dapat nak join. Berbuka ngan kakak katanya, sangat adik mithali kan qila oi..=p Makanya aku bertiga sahajalah termasuk Dani sekali.. Awal-awal Dani sangat behave. Maksudnya takdela nak menjerit-jerit, pastu nak keluar dari baby chair tu tapi merasalah ko dengar ketukan2 dari garpu n pisau kat atas meja..haha.. org keliling faham kot, budak-budak kan..hehe..

Dishes Dayan sampai dulu, then baru aku. Terpaksalah cilok sikit chips aunty Dayan. Hehe..tq Aunty..:)




Penggemar chips @ fries. Chips kat Nandos besar2 n tak banyak salt.
Hah, bab makan. terpaksalah aku telan je semua makanan tu. Takde pun kunyah2. haha.. Sebab Dani dah mula boring atas babychair tu. Mujurlah air ais lemon tea boleh refill banyak kali. 4-5 kali budak Nandos tu refill gelas aku. Haha, Dani pun join minum sekali. Bagi chips, habis chips nak air tu. Sekali teguk, lama pulak tu. adeii, mujur ko tak cirit birit nak oii..

Lepas dah setel semua, Dayan ajak g usha-usha baju budak2 kat Parkson. Disebabkan Dani punya semua dah setle, aku malas nak usha sampai dalam nun, takut kang terbeli lalu terlebih budget. Haha..makanya aku biarkan Dani main kat playground kat depan Noodles Station tu.. Seronok tengok dia ke hulu hilir dalam playground tu .. Agak-agak Dani dah ngantuk, aku pun balik. Dayan pun balik sendiri..:) 





Sekian Iftar dengan kawan-kawan. Hari ni dan esok berbuka kat rumah aje kot sebab ramai geng dah balik kampung.

IFTAR di De' Lanai Cafe


Majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan sekerja. Bos-bos pun join sekali..Cayalah bos! Sporting! Siap bawak family masing-masing..:) 




Eh, lentik2 badan pulak ko Ye Dani..
Mula-mula plan nak buat kat Village View, Bangi tu. Tapi bincang-bincang balik, semua pakat nak try kat De Lanai Cafe ni.. Lagipun murah je harga sekepala dia. RM21.90 per person. Mana nak carik yang murah cenggini kat Putrajaya ni..hehe..

Disebabkan husband keja malam, maka aku pun meminta izin untuk join sekali majlis ni. Terima kasih sayang sebab memberi keizinan..:) So, aku berdua jelah ngan Dani. First time nak g makan-makan tanpa papa Dani ni..

Aku gerak sekali ngan opismate yang lain : Dayan, Qila dan Ecah. Amik Dani siap-siap kat BS dan lepak ofis jap sampai pukul 6.30 ptg. Sampai awal, maka parking banyaklah kosong..:)

Time berbuka, orang sangat pack. Aku terpaksalah beralah sebab ada bawak anak kecik kan. Bagi kawan-kawan lain amik makanan dorang dulu pastu turn aku pulak. Dani meragam jugak sebab dok carik mamanya hilang..Haha, pastu senyap sebab nampak dah mama dia beratur amik makanan.. Huhu, sangat mencabar bawak ini budak bila tiada husband di sisi..Memang first n last lah. Eh, tapi dia ngamuk pun sebab panas dan banyak nyamuk. Tengok gambar bawah ni, awal-awal dah kena gigit nyamuk kat atas dahi belah kanan tu..nampak tak? :)


Jangan mimpilah aku nak repeat makan macam-macam ye. Hehe.. Habis di campak-campak je makanan tu. Aku harapkan ehsan kawan-kawan opis je yang tolong amikkan makanan itu ini..Thanks korang..:)

Ok, sekian cerita Iftar kali ini. Moga tahun depan anjur lagi..:)

First scan


Titik permulaan garisan kuning tu adalah kepala dia dan sampai hujung tu adalah kaki dia..

Syukur alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Aku yang merisau lebih. Disebabkan kegusaran aku lepas dari check up masa hari Isnin hari tu, hari Selasa, terus husband ajak scan baby kat An-Nur. Unplanned sebenarnya. Niat nak pegi Mydin tengahari tu nak shopping sikit-sikit je lagi *husband keje malam this week, thats why dia ajak shopping siang*. Pastu terlalu lah pulak kat depan An-Nur.

Kat An-Nur tu, punyalah lama nak tunggu doktor bertugas. Adalah satu jam kot..huhu..bulan puasa, so aku bersabar ajelah. Husband dah siap tertido-tido..:)

Masa scan tu pun aku berdebar gile. Takut ada berita tak baik. tapi alhamdulillah, doctor scan n nampak my baby tu swimming...haha, sangat comel! Teringat juga masa first time scan Dani dulu, macam tu lah jugak rupanya. Aktif!

Terima kasih Ya Allah Ya Tuhanku atas kurniaan ini..

Note : masih lagi mengalami mabuk dan sifat malas yang teruk..

Second check up for the 2nd

Alhamdulillah, pagi ini bertemu lagi...:)

Petang semalam, 22 Ogos, check up kedua untuk yang kedua ini..

Dah diduga, berat mesti turun.. 4.3kg turunnya.. dah merah angka kat dalam buku pink tu..Hb alhamdulillah normal, 11.3...urine pun ok, normal.

Lepas raya, 12 September, aku kena buat MGTT. MGTT tu adalah minum air gula ya kawan-kawan. Disebabkan pregnant yang lepas aku ada sejarah kencing manis *sebenarnya masa tu tak cukup lagi 2 jam, aku dah mintak nurse tu amik darah, jadiknya kandungan gula dalam darah adalah tinggi lah..kesilapan sendiri, kan dah kena buat BSP = amik darah 4 kali sehari*

Prosedurnya, pukul 7.45 pagi datang klinik, sebelum tu kena puasa. Pukul 10 malam last makan. Then amik darah, berapa ml aku tak ingat dah. Lepas tu, minum air gula satu gelas tinggi tu. Rehat 2 jam. Dah cukup  2 jam, amik darah balik, then tunggu result.. Harap-harap aku tak loya-loya masa minum air gula tu. Aku mintak jugak buat MGTT ni lepas aku dah ok dari mabuk. Tapi nurse kata tak boleh, memang kena pantau berat ngan urine. Takut baby besar..

Dan nurse jugak bagitau, kalau post date aku 2 Mac 2012, aku diwajibkan bersalin 2 minggu atau seminggu awal dari tarikh post date tu. Sebabnya, takut ada effect kat baby, baby lemas and so on la..bla bla..

Semalam nurse check jantung baby. Cuak gile bila tak dengar langsung bunyi. Nurse carik-carik pun takde dengar jugak bunyinya. Nurse cakap, untuk yang second baby, supposely dah boleh dengar jantung baby bila usianya 12 minggu..Aku rasa down. Then nurse pun bagitau, maybe sebab perut tebal..*Hahaha, lemak pregnant Dani dulu tak habis buang lagi* " Takpe, 30 Sept nanti pun doctor akan scan, masa tu nanti kita tengok kedudukan uri semua dan ukurlilit kepala baby, panjang dia..masa tulah kita tau berapa minggu sebenarnya baby puan ni"

Lega bila nurse cakap macam tu..tapi jauh di sudut hati, tetap kerisauan melanda..:(

kelemauan




pic aku goggle saje..:)

Semalam satu hari aku ngadap buat kuih tart gulung nenas ni. Sakit tangan tapi puas hati bila tengok kuih yang dah masak gebus gebus je..pastu rasa pulak..perghhh, mantap..haha, masuk bakul pulak..=p

Kul 1 pagi sampai umah malam tadi..akibatnya tak sahur dan aku lemau pagi ni lalu muntah2..alahai, rugi dah puasa hari ni..T_T Banyaknya kena ganti..

kasut raya si Boboi


Tahun kedua beraya dengan si Boboi ni. Haha, kenapa panggil Boboi? Sebab dia suka beno la ngan kartun Boboiboy.. asal lagu tu je, terus buat suara excited giler.. sampai aku tercakap, eh, gedix ko ni ek anak..=p

So far, persiapan untuk dia 99% la dah setel.. Tinggal kasut je lagi. Semalam ngan hari ni ada jualan Puspanita kat opis. Ada satu gerai jual kasut-kasut untuk baby n kanak-kanak..eh kanak-kanak je rasanya kot. Cantik2 dan aku geram. Haha..ingat nak belikan dia kasut berlampu tu, tapi aku pikir-pikir balik, banyak duit nak pakai masa raya dan selepas raya nanti..So, sebelum dia pandai memilih untuk jadi kegemaran dia, baik ikut saja taste aku dan bersederhana. Haha, takpe Dani, mama dah tau, nanti kalau ko dah besar, mesti ko ngamuk2 taknak kasut itu ini, ko nak kasut ituuuu jugakkan..kalau dah siap berguling-guling, mama terpaksalah merelakan..upppss bukan mendoakan, tapi aku rasa Dani bakal ikut perangai aku mase kecik2 ..=p

Tapi kasut yang aku pilih semalam, tu ngam ngam je ngan kaki dia. Aku rasa nak tukar besar sikit sebab boleh pakai lama sikit kan.. tambahan pulak kaki dia jenis tebal atau tembun..*ikut kaki sapelah tu =p

Semalam try pakaikan kat dia, langsung dia takmo bukak dah.. bawak ke tido kasut dia tu. haha, dah tido baru leh bukak, tu pun bergerak2 tapi mata tutup, macam sedar je kasut tu dicabut dr kaki dia..

@ balkoni


Macam kena beli tikar ketah atau tikar buluh je kalau tengok perangai anak yang dah macam ni. Huhu.. Walaupun papa dia sapu sampah hari-hari kat smoking area dia tu, tapi aku tak percaya yang lantai tu bersih.. Memang kena carik jugak ni kan..


Baju masa ko baby dah tecik lah anak oi.. Jom ajak papa g shopping baju basahan...=p

Unifi User


Akhirnya semalam, aku tak perlu dah membuntangkan mata untuk tengok tv bintik-bintik putih.. Abang-abang Unifi datang pukul 9.30 pagi semalam untuk set up semua-semua tulah.. Aku apply online hari Rabu minggu lepas. Seminggu je dah boleh datang set up.


Aku amik pakej yang VIP 5. Monthly RM149.00 sahaja. Dengan pakej VIP 5 tu dapat yang macam kat gambar atas ni.. korang klik kalau nak tengok besar..:)

Channel tv pulak, disebabkan aku apply online, maka sebulan ni semua subscription yang kena bayar adalah free. Sekarang ni jugak TM tengah buat promotion installation semua adalahh FREE!! Worth RM1000 jugak semua equipment dia tu..


Yang best boleh tgk Youtube kat tv...:) Internet pun laju je..Takyah nak tunggu loading Cityville berjam-jam..Haha..

Keadaan equipment yang berserabut semalam, tapi Enady balik keje, terus dia setelkan. Beli wayar telefon lain sebab yang dia bagi tu pendek je, tu yang tak boleh nak kemas tu..


Try bukak Youtube kat tv..:)

Gambar tv dia terang sangat. Better dari Astro. Haha, boikot Astro!

Topic Hot FM : Nama Gelaran

Tergelak aku sensorang dalam kereta dengar topik pagi ni.. Korang dengar tak radio pagi ni...

Terus terimbau kenangan lama.

Masa kecik2 sekolah rendah, budak-budak jahat ada bagi aku gelaran. Tapi tak sampai hati nak tulis kat sini. Sebab dia melibatkan nama bapa. Nama ayah aku kan Uzir so, dorang ejek aku dengan nama satu binatang tu. Dulukan budak2 jahat ni suka main nama-nama bapak kan..

Sekolah menengah, takde kot..:)

Zaman belajar kat U, Ana tido. Haha, sebab aku pantang je masuk kete mesti tido. Dalam kelas, mesti tido. Dalam studio, konfem boleh tido. Nak tunggu turn accessment pun aku boleh tertido. Lagi satu, gelaran ni terkenal di kalangan player2 handball UiTM Perak je. Ana jatuh. Sebab nasib aku selalu malang. Selalu jatuh. Pastu jatuh bila tengah lepak-lepak ngan dorang je pulak tu. Haha.. Yang paling aku tak boleh lupa masa ada game kat UiTM Merbok, aku ngan Amir dok satu meja kayu ni, sekali meja tu rebah sebab reput. Hahaha.. aku jugak yang kena padahal duduk berdua tu..

Masa zaman belajar jugak, ada orang gelar aku badak. Huhu..sedihh..dia ingat aku nak rampas boyfriend dia.. Dalam surat, panggil aku badak..T_T

Zaman kerja, takde rasanya...

Zaman belajar jugak yang best kan..Rindu zaman tu..

bintik-bintik putih


Hahaha..Semalam masa tgk perlawanan akhir badminton antara Lee chong Wei ngan Lin dan tu kan, gigih tau kami berdua membesarkan bijik mata utk tengok tang mana la shuttle tu. Enady cakap, dah sama ngan bintik2 putih tu dah shuttle tu. Pastu tiap kali orang tepuk tangan, laju-laju pegi depan sikit tgk mata sapa yang bergerak. Chong wei ke Lin Dan..Hehe..sian kan..

Aku dah terminate Astro. So Sabtu hari tu last day. Malas dah nak tengok Astro..

Dan esok Unifi akan datang.. weeee, maka akan berakhirlah bintik-bintik putih itu...

Gigihla kang aku membuntang mata tengok Kasih Alia..=p

Mujur Dani tak mencari kartun-kartun kat Babytv dia tu..Nanti mama download aje kat Youtube ye sayang.


Root beer with float..pheww..


Semalam hari Ahad, Enady kebosanan terperap je kat rumah. Maka beliau telah bertanya dengan isterinya, mahu makan apakah dinda untuk buka puasa nanti? Haha, klasik sungguh cara dia bertanya itu..=p

Bila orang dah bertanya, automatik aku tersebut sedapnya kalau dapat minum root beer float A&W itu..huhu..

Apalagi..zass lah bersiap2 mahu ke sana..

Sebenarnya, Enady gunakan alasan Dani bosan duk umah, tengok Dani memunggah sana sini..haha, padahal dia yang bosan sebenarnya.. Aku? Haruslah aku bercita-cita mahu duduk di rumah je bila keadaan ku yang mabuk kepayang ni.. Tapi bila mengenangkan kesian insan-insan tersayang saya..maka bersiaplah juga aku dalam keterpaksaan...

Aduii, bahasa apakah yang gunakan ini?  Haha..

Sudah...mari kita layan gambar, upsss, minta maaf kalau gambar air itu mampu membuatkan anda semua terliur..:)



2 gelas besar hokeyy.. aku minum satu gelas setengah..Enady tak larat nak habiskan.




Dani yang tak reti nak duduk diam. habis dia nak punggah fries tu.




Gilir-gilir makan..=p




Dengan lahapnya kamu mengunyah curly fries itu ye Dani..
Sekian cerita weekend ku..:)

Hal Taska part 2

Subhanallah....

Mengucap panjang aku dengar berita terbaru ni..

Ada baby yang baru berusia 3 bulan meninggal akibat lemas rupanya...

Takziah kepada keluarga baby tersebut..T_T

Welcome to 2nd trimester


12 weeks pregnant.

Syukur alhamdulillah masih diberi merasai nikmat ini..

Sayu pagi-pagi ni. Tak tahu lah kenapa..

Simptom-simptom alahan ibu mengandung masih menguasai diri..T_T

Dani and CD


CD ni short form untuk Cloth Diaper ye. Hehe, Sure mak aku terpinga2 apa natang mende la CD ni.. bukan CD cerita-cerita tu ye bu..Hehe..ni lampin moden..:)

Aku beli dah lama. Masa aku dalam pantang lagi. Pakai kan kat Dani pun tak selalu sebab risau rashes..Mase tu kan kulit dia sensitif lagi. Pakai sekejap je dah merah-merah..panas kot.. So, tersimpanlah CD ni selama setahun lebih kot.. Ada 3 pasang semuanya..

Lately, geng-geng UB dok cerita pasal CD je..dan aku terasa macam nak try balik pakaikan kat Dani.. Mujur muat lagi.. So, Sabtu hari tu pakai, mula-mula ok la.. Sampai Dani tertido...lama pulak tu dia tido.. Ada la nak dekat 3 jam kot..

Sekali dia bangun menangis.. Haha, gelak dulu.. Rupanya bocor la.. habis baju basah.. Ni kes salah parking la ni. Hikhik.. Dia tido kadang meniarap.. Kalau dia pakai pampers pun, bocor jugak.. Dia minum susu sambil tido pun jadik.. Tu yang pagi2 kalau bangun tido, habis basah seluar ngan baju..


Tu baju dah basah tu yang aku bukak baju dia.. ingatkan dah tak nak tido, rupanya sambung tido balik.. Basah kot, tak selesa ye sayang..Haha..

CD ni hari-hari cuti Sabtu Ahad, bolehlah pakai kan..ada masa nak cuci.. ce kalau hari biasa..huhu, tak larat acik.. dengan nak ngadap mabuk ni lagi, masak lagi, dani nye lagi..pengsan!


Hal taska

Tak tau nak mula dari mana...

Semalam dan hari ni ada beberapa orang tak bernama telah komen kat blog aku pasal Taska Seri Kandi tu. Komennya buat aku tertanya-tanya..Apa yang dah jadi kat taska tu sebenarnya? Kalau tak keberatan, boleh share tak? Email aku k.. anacomey_84@yahoo.com

Bagi aku, aku dah maafkan dorang2 yang buat anak aku dulu tapi nak lupakan peristiwa tu sangat tak boleh. Sampai bila-bila terkesan dalam hati..Moga-moga tak terjadi dekat anak orang lain juga..

feng sun!


Tadi lunch pegi sini. Adeiii rambang mata semua nak beli. Rabak jugaklah duit membeli untuk si kecik tu..

Sampai2 opis, feng sun rasanya!

Esoklah aku citer aku beli apa..hehe

Dani = Setahun 5 bulan = 17 bulan




Gambar terbaru masa nak balik kampung jumaat lepas.





Genap setahun 5 bulan Dani hari ini. Syukur alhamdulillah..

Makin panjang juga akalnya. Haishh, sampai pening kadang-kadang aku ngan papa dia. Berat ngan tinggi dia, aku tak tau dah berapa. Last berat masa dia umur setahun 3 bulan hari tu 10.4kg. Bulan depan baru pegi check up setahun 6 bulan termasuklah cucuk dose yang terakhir..Huhu, kena ajak papa dia la nanti pegi cucuk tu, tak larat aku nak peluk dia kuat-kuat. Haha..Boleh tahan jugak Dani ni kalau dia meronta..

Dalam pening-pening layan kerenah dia tu, ada jugak yang seronoknya. Seronok dan hati berbunga-bunga sebab tiba-tiba terfikir, besar dah anak kita kan papa.. Tengok tu, macam-macam yang dia dah boleh buat sendiri. Kalau tak pandai, ditariknya tangan mama ngan papa suruh buat atau amik itu ini. Hehe..

Perkembangan Dani di usia setahun 5 bulan :

1) Kalau susu dah habis then kita mintak botol susu tu, dia akan bagi kat kita.

2) Pandai ajak kita mandi, macam pagi tadi, tiba-tiba tarik tangan aku bawak pegi bilik air. Nak mandi rupanya..:)

3) Takut sangat kena tinggal kalau aku ngan papa dia tengah bersiap-siap nak g keluar, dia akan tunggu kat pintu dan dipulas2nya kunci pintu. Nasib baik kunci pintu tu ketat, tak laratlah dia nak bukak..

4) Bila dah bukak pintu, pandai amik kasut sendiri nak pakai. tapi tak pandai lagi nak pakai kasut sendiri.


5) Menyusu masih macam biasa. Kalau tak bangun 3 kali tiap2 malam dari pukul 10 malam sampai pagi tu tak sah..

6) Makan, dia suka makan spagheti dan kuew tiau. Nasi, ikut mood dia.

7) Suka minum air milo kotak.

8) Lebih cenderung ke arah sukakan mainan kereta-kereta daripada bola. Budget nak suh dia jadik macam KFCM..haha..berangan je mama dani ni.

9) Pandai dah tak nak berdukung. Asyik nak berjalan je. Kalau kita dukung jugak, ditolak-tolaknya badan kita dia nak turun. Masalahnya, Dani ni masih jalan berterabur..Haha..maksudnya, ikut suka hati dia nak pergi mana.

10) Suka betul landing kat sofa. Sofa tu tak baginya kitorang duduk dah. Dia nak golek2 n baring kat atas tu sorang-sorang. Kalau nampak aku baring, dia tolak aku suh bangun..hailah anak. "Papa, sofa lagi satu plsss..=p

11) Memunggah periuk2 di dapur tu memang hobi dia..

Vocab dia yang terbaru.. Terima kasih... = Cehhhh..

Cukuplah kot takat ni. Banyak lagi progress dia yang masih lagi dipantau. Nanti ada apa-apa aku update lagi k..:)

Ukur Baju Melayu Dani


Budak tecik langsung takmo duduk diam. Susah nenek dia nak amik ukuran badan. Adoiila..

Sangat excited tahun ni sebab Dani dah boleh pakai baju melayu. Dah pandai jalan mesti elok je terletak baju yang dia sarung nanti tu kan.. Mama tak sabarlah Dani. Tema kita merah ye tahun ni. Baju untuk raya pertama mama papa and Dani dah setel. Tunggu nenek siapkan aje. Tinggak nak carik jeans dan kasut Dani je lagi. Mama Papa dia bersederhana sahaja.






note : tahun ni raya Perak dulu. Tapi aku balik je Pahang raya ketiga nanti kot..

Selamat hari jadi kakakku..




Gambar kenangan yang paling aku suka..
Selamat Hari Jadi Kak Ila...

Semoga tahun ini akan lebih bermakna buat dirimu dengan adanya Esya Bam Bam..:)

Sayang Kak Ila sampai ke syurga..:) Love you so much..

note : sejak masing2 kawen, lama dah tak sembang-sembang dan jumpa..rindu!

Alahan teruk

Sekarang baru kurasa...

Betapa teruknya ibu-ibu mengandung yang mengalami alahan yang teruk. Aku pun tak terkecuali. Kali ni punya pregnancy agak teruk alahannya berbanding first pregnancy. Dulu, selamba je aku makan itu ini. Pergi sana sini. Minta apa saja pada husband nak makan itu ini. Sekarang....huhu..rasakan...semuanya tak boleh. Dan masuk minggu ke 11 pun still weak. Rasa tak larat sungguh. Plus malas. =p

Kawan-kawan pun perasan, kali ni aku punya pregnancy alahnya teruk berbanding dulu.

Tak boleh bau bawang putih langsung. Bawang merah pun sama.
Bau orang menumis tak boleh.
Bau mulut dan badan suami.
Bau poo poo Dani.
Bau-bau asap orang membakar ayam/ikan tak boleh.
Bau colgate aku muntah.
Pagi-pagi aku melepek je kat opis.
Semangat langsung takde.
Makan pun tak berapa. Dah cuba makan tapi mesti keluar balik.
Cepat lapar. Tapi taktau nak makan apa. Sampai husband pening memikirkan isterinya ni nak makan apa.
Bau makanan pun aku muntah.
Tak boleh berdiri lama-lama, konfem pitam.
Minum air masak lagila aku muntah.
Nak makan masam-masam je. *Eh! ni masuk dalam alahan ke..=p

Dua je aku syukur sangat-sangat. Satu, Dani dah jarang buat perangai. Waktu malam, kalau papa dia kerja, takde masalah langsung sebab hari-hari memang dia tido awal. So, aku pun boleh tido awal. Susu aku dah standby awal-awal. Dua, si suami yang sangat rajin. Semua kerja rumah dia setle kan. Eh, bukanlah semua. Contoh, aku tukang masuk kain dlm washing machine, dia tolong sidai. Aku masak *sambil tutup hidung, dia basuh pinggan dan kemas meja. Dia tak pandai masak. Rumah siap berkemas bila bangun pagi. Terima kasih sayang..

Ok, dah. Nak sambung melepek atas meja ni..

Bilakah semua ini akan berakhir? Tak tahan dah rasanya.

Resepi trifle puding


Hari tu version orang lain kan.. tapi kali ni betul-betul version aku buat sendiri..:)

Bahan-bahannya :

1 butter cake brand Silver Bird (brand lain aku tak pernah cuba lagi)
1 tin fruit cocktail
1 tin susu cair
1 tin air (guna tin susu cair tadi tu)
2 sudu besar tepung custard
4 sudu besar penuh gula
Jelly (brand Nona)

Cara-cara :

1) Butter kek tu dipotong kecil-kecil dan susun sepadat-padatnya dalam bekas. Tu untuk lapisan bawah. Jangan guna bekas yang terlalu besar. Kalau boleh guna bekas saiznya yang lebih kurang kat dalam gambar atas tu.

2) Tuangkan fruit cocktail sekali ngan air-air dia dan susun jugak di atas lapisan kek tadi.

3) Masak atas api 1 tin susu cair + 1 tin air + tepung custard + gula. Kacau sehingga larut dan likat.

4) Campuran custard yang dimasak tadi tuang atas lapisan fruit cocktail dan kek. Kemudian biarkan dia sejuk dan lapisan atas menjadi sedikit keras.

5) Jelly dimasak sebentar di atas api dengan menggunakan air sebanyak 400ml. Apabila larut jelly tu tadi, tuang perlahan-laahn atas lapisan campuran custard yang dah sejuk tadi. Kalau lapisan tu dah sejuk dan sedikit keras, insyallah jelly itu akan elok terlapis di permukaan sahaja. Kalau masih panas campuran custard tu, jelly itu akan menembusi ke bawah. Aku dah pernah try buat. Habis hancur trifle puding tu..

Selamat mencuba uolls...Sedap dimakan ketika sejuk.

Drive tanpa husband

Tak pernah lagi drive berdua ngan Dani sejauh ini : Putrajaya >> Kg. Gajah,Perak.

Selalu pun mesti ngan papa Dani. Tapi papa Dani kerja lagi esok (Sabtu) dan ada satu hal yang harus diselesaikan. (Nak bawak balik kereta Toyota LE bagi kat ibu). Haruslah aku drive lain-lain kan.

Minggu ni berbuka ngan the whole family! Yeay!! Except Emilia More ni lah. Dia nun jauh tercampak kat UiTM Sg. Petani nun. Sian, jauh nak balik kampung. Bersabarlah sayang ye, nanti raya kita jumpa..:) Senang-senang dengarlah lagu raya Bersabarlah Sayang tu ek..=p

Ijai nak bawak tunang dia, Fyqa sekali. Anep pun naik ngan dia sekali. Nanti sampai RnR Rawang, kidnap Anep, naik ngan aku. Ibu suruh. Ijai yang cakap. Haha, padahal memang nak buat macam tu pun.

Tak tahulah macam keadaannya nanti. Selalunya lepas berbuka, aku melepek dulu. Maghrib pun hampir2 nak Isya' baru aku solat. Sampai ke tengah lautan mabuknya. Sampai sahur tak mandi pun ada. Harap malam ni dapat bertahan..Semangat nak jumpa ngan ibu ayah kot..Moga dapat bertahan ye wahai badan..

Ibu, Ayah, Ika...tunggu Along, Dani, Abang Ijai, Kak Fyqa dan Abang Anep ok ...:)

note : Alhamdulillah dapat bertahan puasa hari ni. Baru dapat 2 hari penuh. Lagi 3 hari?? Ke lautttt... Aku muntah-muntah dan loya.

Melawat Mydin USJ

Ahad lepas memang dah plan ngan Enady nak membeli belah kat Mydin USJ nun. Memang tiap-tiap tahun akan shopping barang-barang dapur sempena puasa atau raya kat sana. Untuk makluman, barang-barang kat sana memang murah-murah.

Dan...tambah-tambah bawak budak kecik yang umurnya setahun 4 bulan ni yang sedang melasak. Memang aku tak tahan. Dah jadi macam Kak Jemah dah yang dia cerita anak-anak dia melasak, lalu dia bawak Anoi keluar dan termangu-mangu lah Laloque dan Nisa yang tengah makan masa tu. Rasanya kat Fish Manhattan kot..:) Haha, teman dah rasa ye, tapi teman baru anak sorang. Huhu..Tak lama lagi anak dua pulak.. alamat lepas ni mama shopping ngan papa ajelah ye..=p

Orang super duper ramai. Aku nak kuarkan kamera nak snap gambar pun tak sempat. Main jalan je, mana yang sempat aku capai dan masuk dalam list, aku amik je. Berani mati siap tak tgk expired date. Haha, alhamdulillah semuanya belum expired lagi..Nak carik baju yang elok sikit untuk Dani time raya pun harapan tinggal harapan. Sempat carik baju melayu papa dia dan kain pasang aku sepasang. Sebab kawasan tu tak ramai orang. Takpelah, baju teman tahun ni sepasang je lah..eh, dua kot, kalau ibu sempat jahit baju sutera tu..:) Tema tahun ni adalah kaler merah ok.. huhu, merah membara..

Dani dah makin aktif. Masa nak beratur bayar pun panjangnya Subhanallah, hampir sejam nak tunggu sampai turn. Last-last Enady suruh aku bawak Dani keluar dulu. Bagi dia main-main kat luar. Nasib baik banyak je benda mainan-mainan yang masuk duit lalu dia ke depan ke belakang tu.. Tapi Dani tak heran pun. Dia lagi suka lepas dan berjalan-jalan ikut kaki dia je mane dia nak pegi. Kuss semangat teman nak ngejor nye. Alahai anakk, sampai satu tahap, sampai aku terkasik gigitan anak ketam kat Dani..meraunglah dia. Orang yang pandang, aku tak amik kisah pun. Last-last aku yang menyesal sendiri sebab cubit Dani. Menangislah sorang2 kat situ. Nampak je Enady keluar dari Mydin tu, rasa lega dah. Rasa nak melompat-lompat gembira. Eh, tapi ku masih sedar diri lagi..:)

Macam panjang je aku cerita ni. Sudah lah..:) Selamat berpuasa semua..




Sekejap je dia nak dok dalam ni. Lepas tu menjerit2 mintak turun.

Sampai rumah, aku biarkan dia main..dah penat, mana dan je dia tido..Penatnya nak kemas rumah sekarang..Nangesss..T_T..
 

Gaji Kakitangan Awam Akan Naik 10%?

Bila Tarikh Kenaikan Akan Diumumkan?

Korang ada dengar desas desus pasal ni tak? Kalau gaji naik, alhamdulillah, kalau tak naik, redha sajelah. Aku tetap bekerja sehabis daya yang mungkin. Aku tahu, ramai yang akan mempertikaikan tentang gaji naik ni. Gaji naik tapi kerja tak semenggah. Huhu, hello! Bukan semua ok. Asal kakitangan awam je mesti dah sinonim dengan kerja yang tak seberapa tapi nak gaji banyak.

Tak nak komen banyak-banyak pasal ni. Kang ada yang makan hati..=p Apa komen korang?

Note : ada yang dah tanya bonus ada ke tak kat aku? Jawapannya, aku tak tahu.. Hehe..Rahsia kan rahsia kerajaan.. Doa-doakanlah ada ek..:)

Hot Blogger Mom Baby Tee

Auwwww! Hot ke? Ahaaaa..buat-buat hot ajelah..=p

Orang lain dah lama tempek, aku baru nak tempek cerita ni. Nak buat macam mana korang, penyakit M dah mula bermaharajalelalelalela dalam badan aku ni. Nak buat ape pun semua malas..haishh, not good not good..

Jom, tengok baju Hot mama ni version Dani pulak..:)

Dani Emir. Papa dia kata, adik Dani nanti kalau pompuan Dania Amira pulak..=p

Dani yang jual mahal. Asyik nak berdukung je ngan papa dia..

Cawan tu dah jadi mainan dia dah..

haha, macam orang gigi rongak senyum pun ada. bibir bengkak sebelah.

hiyarhhh, caye taknak peluk2 dah la mama, caye dah besar,,=p

Amacam? Cantik tak baju tu. Enady siap puji lagi tau dan request "Ma, nanti buat lagi, tapi kaler lain pulak, ok?"

Haha, tak berani nak janji la papa.. bergantung kepada demand member2 mama kat Ukhwah Blogger nun la..:)

Geng-geng Ukhwah Blogger, nanti kita buat gathering, kita pakaikan anak2 kita baju ni k.. sure lagi hot de boom lah!! :)

Budak melasak


Tengoklah kat bibir dia tu. Tak pasal-pasal dah bengkak sebelah. Akibat jatuh masa main kat playground bawah rumah. Dah cakap dah nanti jatuh sakit..sakit.. Haha, jenuh lah aku explain..budak-budak besar Dani ni, tambah-tambah lelaki pulak tu..manelah nak faham..mama ko ni pun.. Last-last dah jatuh, baru serik.. 5 minit aje seriknye, lepas tu buat lagi. Haishh, pening dah mama ko ni Dani..

Nasib baikla time menyusu dia ok. Macam biasa..

Wordless Wednesday #08


Note: Mama tak bagi minum pakai cawan sebab takut nanti caye tumpahkan. Pastu tiba-tiba dapat idea ni.. Ting! Hehe..bijak tak saya aunty-aunty semua..=p

RagamDani : Haha, cabutlah sendiri..


Kaki dia termasuk dalam no. 9 punya petak.. Dia masukkan sendiri. Hehe, pandai ko masuk, pandailah ko keluarkan Dani ye..


Aku biar je. Nak tengok setakat mana dia boleh keluarkan sendiri.





Boleh je pun keluarkan sendiri..drama je lebih..hahaha..

Hello!

Hello! I'm Back! Hahaha... Saje nak meninggalkan jejak kat entry tahun 2022 ni... jumpa lagi nanti.. :) ♥ mama Muhammad Dani Emir ♥ Nur ...