Tuesday, April 19, 2011

Pendedahan berani !

Hahaha.. tajuk tak hengat!!

Ok, takdelah pendedahan berani pun. Cuma aku rasa kalau aku buat entry ni, konfem ramai la annynomous yang komen mengeji, mengutuk kot. Sehingga huruf ni pun, aku ragu-ragu nak tulis berkaitan ia..:)

Cuma satu, aku rasa ianya adalah kenangan manis aku. Aku perlu kisahkan di sini.. Nak baca atau tak, terpulang. Tapi ada certain part aku harus filter demi menjaga hati pihak-pihak tertentu. :)

Esok genap 6 tahun aku kenal ngan Enady. Yang dah jadi suami aku sekarang ini. :) Asyik senyum je aku dari tadi. Mengimbau kenangan-kenangan lama.

Cerita cinta aku dengan Enady bukanlah seindah seperti drama-drama romantik yang lain atau pasangan-pasangan bahagia yang lain. Penuh pancaroba. Aku rasa banyak duka daripada suka. Tapi tulah, dah ditakdirkan dia adalah jodoh lagi..Hah! Suspen kan..:

6 tahun dulu, pada tarikh ini, aku diterima bekerja sebagai Final Checker kat sebuah kilang di Shah Alam. Haha, aku adalah minah kilang ye dulu. Tapi tak pernah pun merasa naik bas kilang. =p Saja-saja try isi form kat kilang tu sebab masa tu aku sedang semester break selama 3 bulan. Part 5 nak masuk Part 6. Gapnya 3 bulan. Mati kutu aku kat rumah. Lantas, merantaulah aku ke Puchong dan tinggal sementara bersama abang sepupuku Abg Gee dan isterinya,Kak Shima.

First day bekerja, aku diperkenalkan dengan environment kat HTS tu. Of coursela akan jumpa dengan bos kita kan. Di sinilah segalanya bermula. Bos tulah Enady. Dia unit lain, tapi still Department yang sama. Disebabkan bos unit aku takde, dia lah yang take over explain kat aku pasal job description. Bawak keliling satu department, terang itu ini. Masa tu takde langsung perasaan apa-apa. Just aku nak kerja sahaja. Oh ye, kilang tu staff perempuan boleh kira ya. Tu yang cepat je hot bila ada pompuan masuk keje. Hahaha..


Disebabkan aku lebih muda dengan staff-staff kat situ, aku kena panggil dorang abang. Aisehhh.. Malu beb.. tak biasa. Tapi atas dasar hormat, aku panggil je. Dengan Enady, entah kenapa aku tak boleh panggil dia abang. Maybe sebab dia nampak macam baya-baya aku je. Padahal 4 tahun tua daripada aku.

Dah sebulan kerja, alhamdulillah aku dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Mungkin aku dah biasa bekerja dengan ramai orang terutama dengan kaum lelaki, tiada masalah bagi aku untuk bekerja dengan mereka. Tambah-tambah pulak aku ni jenis yang brutal juga dulu. Haha, Enady yang cakap ya. Tu adalah salah satu kenapa dia pilih aku sebagai girlfriend nya. No ayu-ayu, sopan-sopan (eh, sopan juga tapi tak over), dan cap,seluar jean, t-shirt memang kegemaran aku masa tu. Ganasss..Hahaha..Kalau pinjam motor atau kereta Abg Gee, mesti saja je aku tekan minyak kuat-kuat. ( bunyi kereta dan motor mengaum..) Aku bayangkan masa tu, kalau orang tengok mesti dorang akan cakap.." Wahhh dasatt pompuan ni!" =p


Masa tu ramai je lelaki-lelaki nak tackle. (Gile aku buat statement ni) Haha.. Tapi aku tetapkan hati aku, aku takkan jatuh cinta dengan lelaki-lelaki kat sini. Aduii, tulah akhirnya. Aku terperangkap dengan kata-kata ku sendiri.


2 bulan kerja. Nampak dah macam ada perasaan kat Enady. tapi aku still tak nak mengaku ok. Sebab aku tau, ada perempuan lain yang minat kat Enady jugak. Aku hapuskan perasaan tu. Aku ok je. Haha..gile kental hati aku mase tu wey. Tapi aku tak bertepuk sebelah tangan rupanya. Walaupun masih tak declare, kami still kawan rapat. Dia bagitau aku yang dia tak minat dengan perempuan itu. Aku tak kesah pun sebenarnya. Lama juga kami teman tapi mesra. Haha, masa tu tengah top lagu tu. Sikit-sikit teman tapi mesra sampai ke sudahhhh..:)

> > > Sambung nanti lah..

2 comments:

norlinziana said...

eh tak ade orang nak kutuk la.trust me pengalaman yang manis-manis ni harus diabadikan sebab?

time kite bergaduh tu cer bukak balik entry sweet nih mesti sejuk balik hati yang tengah panas tukan?hehehe

missrivebell mumun said...

hihi.. owh bos dgn bekas pekerja upenye.. br taw.. pat la sambung.. ceciite cecitee lagi..